Sekadar luahan demi ketenangan
Entah kenapa, pagi ini dalam kesibukan aku dan kepenatan yang amat sangat, pagi ini cukup sayu dan menghibakan. entah kenapa, bukan akal yang berkata tapi hati dna perasaan yang berbisik dengan penuh kesyahduan.
Aku bukanlah terlalu sensitif atau over sangat, tapi, aku belajar uuntuk menerima sebarang komen, pandangan , kritikan dan cadangan dari sesiapa pun, samada junior senior adik, abnag dan kakak. Dalam suasana yang cukup selesa, aku mendidik diri supaya lebih berjiwa besar dan mampu menghadapi sebarang cabaran samada melibatkan hati, perasaan mahu pun fikizal aku.
Mungkin aku tak boleh berbohong dengan diri bahawa aku kuat untuk menerima kenyataan akan kritikan membina, walaupun ada yang mungkin secara jumhurnya 'tidak' sangat membina.
Namun sebagai manusia, hanya Allah yang mengetahui kata2 hati yang sekarang ini. Cuma diri ini terdidik tidka memusuhi, membenci dan menolak sebarang komen dna pandangan. Sebab dah terlatih komen dan pandangan mahu pun kritikan itu satu yang menguatkan diri, kalau tak tak akan aku berada hingga saat ini.
Biarlah Allah yuang membayar segala usaha dan ikhtiar aku. Hanya dia yang tahu segala2 kejahatan, keburukan dan kebaikan yang tidak aku ketahui.
Harap tidak ada yang salah sangka statement ini. Cuma meluahkan perasaan untuk mendapat ketenangan bagi lebih maju kehadapan.
Ya Allah berilah kekuatan untuk meneruskan perjuangan walau di mana aku berada.

2 Comments:
sabarlah sayang, biarlah Allah sahaja yang tahu apa yang kita dah buat. biarlah Allah sahaja yang menilai pengorbanan kita. KIta tidak perlu mendapat redho manusia, tapi redho Allah itu jauh lebih utama. Ini adalah mehnah perjuangan. apapun, elly di sini akan tetap bersama,susah mahupun senang.
Kita telah lalui keperitan yang jauh lebih hebat dari ni. dan elly yakin kita mampu harungi untuk sekian kalinya. moga abang tabah dan kuat. perjuangan perlu diteruskan, samada orang suka kita atau tidak. Yang paling penting, bergeraklah, samada dalam keadaan sukar mahupun selesa. sesungguhnya Allah sebaik2 PENILAI
Bila kita bercakap mungkin orang akan kata kita ni merajuk tapi, orang lain sendiri tak paham dan tak pernah memikirkn apa yang orang lain juga rasa,
hujah dan sebab kadang2 menjadi kita tak dapat realise di mana kesilapan yang sebaiknya.
Kalau soal kepimpinan tak bagus, just direc to the point kita memerlukan perubahan dan gaya kepimpinan baru...tapi jangalah specifik reason why pemimpin itu tak relevan?????...semua orang berjiwa besar....isu ini patut dibincang 2 tahun lalu bahkan mungkin 3/4 tahun dahulu...tapi siapa yang menanggung amanah menyelamatkan masa depan menerima tanggungjawab dikala orang lain menyepi diri
Post a Comment
<< Home