Menjelang 30 tahun umur semakin banyak tanggungjawab
Insya Allah 16 April nih genaplah umur saya 30 tahun, amboi cepatnye masa berlalu. Rasanye mahu kembali seperti 20 tahun dulu....tapi bukanlah isu besar sangat, sbab saya tak sangat fikir bab usia, cuma semakin berusia makin besar tanggungjwab. Kadang2 tak terpikul rasanya. Tapi syukur tersangat kerana banyak faktor yang meringakan antaranya semangat dan cita2 yang semakin hari semakin bertambah. Disamping sokongan isteri dan anak2 yang sentiasa mewarnai kepenatan babah diorang lah. Harapan saya supaya anak2 menghargai pengorbanan yang sedang saya lakukan.
Cuma saya kadang terfikir, manalah akan saya perolehi insan2 lain yang seusia dan seumur semasa kami dalam pengajian dulu. Sebut bab berjuang untuk dakwah tak semua sanggup. Bil dah kerja sibuk ke sana dengan tugas, kadang2 berbagai alasan yang diberikan samada yang real atau mungkin yang dibuat2. Tak pelah saya diajar untuk menerima se adanya semoga kita tidak mudah gundah gulana dengan masalah. Mungkin Allah mentakdir sesiapa yang dia kehendaki.
Tapi saya percaya dalam hidup ini pasti ada cabaran. Cuma satu saja prinsip hidup ini yang saya ambil daripada inti daripada potongan ayat quran sebagai perangsang dalam perjuangan iaitu :
" Tolonglah kamu di jalan Allah, maka Allah akan menolong kamu, bahkan Dia akan memperteguhkan pendirianmu"
Moga ada manfaatnya bagi mereka yang membacanya.

1 Comments:
biasalh tuh...takpe, elly akan sentiasa bersamamu...
InsyaAllah, kita kan kecapi manis nya perjuangan itu...
Post a Comment
<< Home