Catatan Kehidupan Insan

Monday, April 17, 2006

MEMBINA DA’IE YANG BERKARISMA

Ustaz Jaafar Muhammad (Abu Faiz)

15 April 2006

Pembentangan

1. Beliau lebih dikenali dengan nama Abu Faiz kerana sekiranya dipanggil Hj Jaafar atau Ustaz Jaafar, sebagai perunding, ada kemungkinan non-Muslim awal-awal lagi tidak mahu hadir dalam kursus-kursus yang dianjurkan.

2. Baru-baru ini Pasukan Sukarelawan Dakwah (PSD) daripada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan yang dahulunya ditubuhkan oleh Abu Faiz telah melakukan satu kursus.

a) Konsep yang dibawa ialah membuang elemen yang terpenting dalam dakwah iaitu mad’u. Buang elemen mad’u itu dan jalankan dakwah. Ini pendekatan think out of the box.

b) Idea yang kreatif mesti dianovatifkan supaya ianya boleh dimanfaatkan.

3. Fungsi utama da’ie (Surah Al-Jumu’ah: Ayat 2):

a) Mad’u kenal Allah:

i) Ajarkan yang mudah dahulu dan fahamkan betul-betul.

ii) Kenalkan Allah, ketahui sifat-sifat Allah, Tuhan sarwa sekelian alam, kemudian barulah kenali sistem kehidupan dalam Islam.

iii) Cari jalan bagaimana untuk memahamkan orang-ramai dengan seyakin-yakinnya tentang kewujudan Allah s.w.t.

b) Mad’u lakukan tazkiyyah i.e. zikir dan solat:

i) Kenalkan mad’u dengan Allah terlebih dahulu.

ii) Kemudian, solat adalah hasil mengenal Allah s.w.t.

c) Mad’u tahu kehendak Allah:

i) Mengenali kitab-Nya iaitu Al-Quran.

ii) Meneliti kejadian alam.

iii) Edison said,I only uncovered thing that existed in the universe”.

4. Da’ie, penolong Allah:

a) “Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu sebagai penolong Allah, …” (As-Saf, ayat 14).

b) Perlu ada keyakinan diri. Hargai sumbangan orang maka orang tersebut secara semulajadinya akan meningkat self-esteemnya.

c) Meningkatkan hubungan dengan Allah s.w.t. boleh meningkatkan self-esteem.

d) Kena serius timba dan pertingkatkan ilmu. Mesti banyak membaca bahan-bahan yang berkualiti. Pelbagaikan kaedah pembelajaran.

5. Penolong yang bersifat Rabbani

a) Ali-Imran, ayat 79, “… jadilah kamu orang-orang yang rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan al-kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya”.

6. Da’ie berkarisma (Rabbani)

a) Belajar dari Allah s.w.t. Segala ilmu dari Allah s.w.t., manusia menyampaikan. Juga, belajar dari alam.

b) Contohi Rasulullah s.a.w.

c) Jangan malu berpeluk contohnya di antara ibu dan bapa dengan anak-anak, iaitu kasih sayang dan ukhuwwah perlu dizahirkan.

7. Belajar daripada Allah

a) “… dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan” (Al-Qashash, ayat 77).

8. Contohi Rasulullah s.w.t.

a) “Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik” (Al-Ahzab, ayat 21)

9. Berkarisma

a) Kuasa daya kepimpinan, penarik atau sifat-sifat tertentu individu berupaya mempengaruhi atau merangsang kepada ramai orang atau pengikut.

b) Contohnya

10. Kuasa (para da’ie):

a) Perdalami ilmu.

b) Timbulkan rasa kasih sayang.

11. Daya kepimpinan

a) Merubah orang lain.

b) Menentukan hala tuju.

c) Membentuk budaya kerja dan sistem yang efektif dan berkesan.

12. Sifat-sifat tertentu (para anbiya’):

a) Siddiq (benar, walk the talk)

b) Amanah (dipercayai)

c) Tabligh (menyampaikan, berkomunikasi)

d) Fatonah (bijaksana)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home