Catatan Kehidupan Insan

Thursday, April 06, 2006

Maulidur Rasul , tarikh keramat untuk motivasi kita

Tak lama lagi kita akan menyambut Maulid Nabi, Junjungan Besar Muhammad SAW. Sambutan yang penting ini bukan sahaja ingat tarikh lahir nabi tapi kita ikut tak cakap nabi?, BUkan salah sambut maulidur kerana sebagai umat nabi kita sayang dan hargai perjuangan nabi, sbb kalau tidak kerana semangat perjuangan nabi tentu kita tidak akan jadi seperti hari ini.

Cukup menyedihkan lagi bila isu penghinaan nabi baru2 baru ni. Pada saya bukan apa, kerja orang bukan Islam macam tulah...kita pun tahu, kerja yang dibuat bukan sehari dan bertahun2, cuma dari segi kesan kita lah sebagai muslim harus menilai apakah reaksi dan tugas kita selama ni? Apakah kita berjaya dan mengikut kata nabi? Kita sebagai muslim sudah cukup kah role model kita kepada umat bukan muslim? kenapa kita tidak menilai dari segi itu?

Bukan kita nak sokong kerja mereka, saya sendiri memang marah dan geram, tapi kita percaya usaha penghinaan nabi ini satu proses yang dirancang oleh pihak2 yang tak bertanggungjawab.

Oleh itu marilah saya ajak diri saya dan kawan2 lain yang mungkin membaca tulisan saya ini, kita membuat muhasabah diri, kita lakukan sesuatu utuk mempertahankan nabi kita.

Mudah-mudahan kita akan mendapat syafaat daripada nya bila kita menemui Allah Nanti

AMeen

0 Comments:

Post a Comment

<< Home